Monday, May 30, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN






Bilangan murid    :  25    orang
Masa                       :  60 minit
Tunjang Utama    :  Sains  Dan  Teknologi
Tema                      :  Kenderaan
Komponen           :   Bahasa , Kognitif , Kreativiti , Muzik.
Kandungan         
2.1.4   :    Berinteraksi secara spontan dan bertatasusila.
4.2.6    :   Mengeja perkataan dengan cara yang betul.
Standard  Pembelajaran  yang  disepadukan:
2.4.1  :  Menceritakan perkara yang didengar dengan
              menggunakan ayat  yang mudah.
1.2.7   :  Menghasilkan karya mengikut kreativiti sendiri
               melalui lukisan.

Objektif Pembelajaran :  Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1.      Mencari kesamaan dan perbezaan antara kenderaan  
      yang diperhatikan. 
2.   Melukis kenderaan idaman mengikut kreativiti sendiri.

Kemahiran Utama  :
2.3.8  :  Menyatakan ciri sepunya untuk setiap
              pengelasan yang telah dibuat dengan bimbingan.
Kosa kata   :  Saiz, Warna dan bentuk
Alatan        :  Gambar kenderaan, Kertas lukisan,  warna, 
                        perisian Powerpoint, video(helikopter).
                      
Pengetahuan sedia ada murid:
1) Murid-murid datang ke sekolah dengan menaiki kenderaan.
2) Menonton televisyen.

LANGKAH  PENGAJARAN
Set Induksi   (5  minit)
1.  Semua murid diminta memejamkan mata.
2. Guru  memperdengarkan bunyi kenderaan 
   (video yang di upload ke dalam blog).
3. Murid meneka bunyi kenderaan.

Aktiviti 1   (15  minit)
1.  Guru  menunjukkan gambar kenderaan kepada 
     murid-murid melalui gambar yang terpapar di dalam blog.
2.  Guru  menunjukkan perkataan kenderaan kepada 
     murid-murid melalui perkataan yang ada pada blog.
3.  Guru  menyebut nama kenderaan dan murid mengulangi 
     nama tersebut.

Aktiviti  2  (15  minit)
1. Guru  menyebut dan mengeja nama kenderaan
    kepada murid-murid melalui perkataan yang
    terpampar di dalam blog.
2.  Murid-murid diminta menyebut dan mengeja 
     nama kenderaan tersebut.
3.  Murid-murid diminta memadankan nama kenderaan 
     itu dengan gambar kenderaan.
    (menggunakan powerpoint)

Aktiviti  3  (20  minit)
1.  Guru  memperlihatkan jenis-jenis kenderaan kepada
     murid-murid melalui powerpoint.
2. Guru meminta murid mencari kesamaan dan perbezaan
     antara kenderaan  yang dipamerkan. 
3.  Guru  meminta murid melakarkan kenderaan
     idaman mereka (murid boleh melukis dengan menekan
    perkataan KLIK DI SINI).

Penutup   (5 minit)
1.  Murid menyebut jenis-jenis kenderaan yang di pelajari.
2.  Guru dan murid menyanyikan lagu “Bapaku Pulang
     Dari Kota” bersama-sama.

Lirik lagu  : Bapaku Pulang Dari Kota
Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh kubawa ke sekolah.
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Bolehku bawa jumpa nenek.

No comments:

Post a Comment

Copyright 2009 Alam Maya Bersama. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy | This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates